Wednesday, July 21, 2010

Tahniah..

Salam 1Malaysia,
Kami warga PKG Permaisuri ingin merakamkan ucapan tahniah kepada En Jawahil Abdullah (Bekas Pegawai VOTEK PPD Setiu) kerana telah bertukar dan menjawat jawatan baru. Beliau telah memulakan tugas baru sebagai GPK Pentadbiran di SMK Penarek. Segala jasa beliau semasa memegang jawatan berkenaan merangkap Pegawai Perhubungan antara BTPN/PKG dengan PPD Setiu amatlah dihargai. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada En Jawahil.


Tempat En Jawahil kini telah diisi oleh En Kamaruzaman Hamat, bekas PK Ko-Kurikulum SMK Guntong. Semoga kehadiran En Kamaruzaman akan lebih memantapkan lagi hubungan baik sedia ada antara PPD Setiu dan BTPN/PKG Terengganu.


(Gambar diambil daripada ppdsetiu.net dan guntongbest.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment