Thursday, April 29, 2010

Semasa..Update..

Salam 1Malaysia,
1. Penyelengaraan ICT : Memandangkan ada masalah teknikal yang melibatkan Arahan Perbendaharaan (AP), penyelengaraan ICT terpaksa ditangguhkan seketika. Namun sekolah masih perlu membuat laporan dalam STS sekirannya ada masalah dengan peralatan ICT atau troubleshooting di sekolah. Harap Maklum.
2. i-NILAM : Guru Data atau Guru NILAM dah boleh cuba upload data SMM sekolah mereka ke dalam sistem online i-NILAM. Ada masalah sila hubungi kami.
3. SPPICTS : Setakat hari ini, hanya 11 buah sekolah yang dah siap isi instrumen berkenaan. 3 sekolah masih belum isi apa-apapun lagi. Sila ambil tindakan segera.
4. iQ-PSS : Sila majukan instrumen berkenaan kepada kami untuk disahkan. Tindakan segera amat diperlukan.
5. Data NILAM April : Sila hantar data berkenaan pada awal Mei ini. Kerjasama GPM amat ditagih.

Monday, April 26, 2010

Update semasa...

Salam 1Malaysia,
1. Hujan lebat..sejuk..aktiviti terbatas..
2. iQ-PSS..SK Bintang sekolah ke -14 yang dah disahkan penarafannya..sekolah lain masih lagi sejuk..
3. SPPICTS..SK Rhu 10 sekolah yang ke-10 dah siap isi..ada lagi sekolah yang tak isi...ada yang isi tak habis..cuaca masih lagi sejuk...
4. Penyelengaraan ICT..Beberapa sekolah yang terlibat sedang dibuat verifikasi kerosakan..banyak sekolah yang dapat peruntukan tidak bertindak...cuaca masih tetap sejuk..
5. Data NILAM April...sila hantar pada awal Mei ini..harap-harap cuaca dah tak sejuk...

Thursday, April 22, 2010

Berita Gumbira...

Salam 1Malaysia
Adalah diumumkan bahawa sempena Hari Guru Peringkat Daerah Setiu 2010 ini, dua anugerah khas berkaitan aktiviti PKG akan diberikan kepada sekolah yang berkenaan. Anugerah tersebut ialah:
  • Anugerah PSS Cemerlang, dan
  • Anugerah Sekolah ICT Cemerlang
Kriteria pemilihan bagi anugerah berkenaan ialah pengisian instrumen secara online seperti iQ-PSS, SSQS dan keupayaan kakitangan sekolah dalam menyokong dan meyumbang secara aktif dalam kemajuan bidang-bidang di atas. Secara tak langsung, anugerah-anugerah ini dapat memberikan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang berkenaan.

Prosedur Penyelengaraan ICT 2010

Salam 1Malaysia,
Prosedur penyelengaraan ICT 2010 adalah seperti berikut:
1. Buat aduan melalui STS dan isi jugok borang aduan kerosakan
2. EIO/technician sekolah atau PKG yang verifikasi laporan/kerosakan tu..
3. Kalau benar rosak, PKG akan luluskan dan PKG akan keluarkan notis minta manual
4. Lepas tu, PPD akan keluarkan LO untuk vendor buat kerja..
5. Kemudian vendor akan gi ambik barang..time ni lah sekolah kena isi borang kebenaran membawa  peralatan keluar (KMPK)..kena isi...mandatori..kalau tak isi...hilang peralatan siapa yang susahhhh? PKG tak akan bertanggungjawab..
6. Vendor bawok balik barang dan baiki..
7. Barang yang telah siap dibaiki akan diuji di tempat asal, kalau puas hati barulah Pengetua/Guru Besar tandatangan LO..
8. Vendor akan hantar LO ke PPD..kemudian proses bayaran akan dilakukan.
9. Tamat

Sila patuhi prosedur untuk menyenangkan pihak sekolah. Jangan sesekali hantar barang kepada vendor tanpa membuat laporan dalam STS serta tanpa kelulusan kami. Jika tidak..risiko sekolah tanggung sendiri.

Bagi sekolah yang tidak tersenarai dalam projek penyelengaraan, kalau ada rosak sila buat aduan jugok dalam STS, lepas tu buat permohonan kepada BTPNT melalui PKG. Harap Maklum.

iQ-PSS 21 April

Salam 1Malaysia,
Tak nak tulis banyak...tengok la sendiri bintang yang PSS tuan/puan dapat..Yang warna hijau tu dah dapat bintang..yang warna biru tu sedang buat penarafan, tapi masih tak siap dan tak majukan lagi pada PKG dan yang merah tu maknanya masih belum buat apa-apapun lagi..

Tuesday, April 20, 2010

iQ-PSS, STS ,SPPICTS dan Data NILAM April

Salam 1Malaysia,
1. iQ-PSS-Setakat hari ni jam 3.22 pm status masih belum berubah. Bagi sekolah yang sedang buat penarafan, majukanlah kepada PKG untuk pengsahan dan yang tak isi tu..sila-silakanlah... Takkan nak status macam tu jer..Fikir-fikirkanlah..

2. STS-Setakat hari ni baru 5 buah sekolah yang telah membuat aduan kerosakan. Pihak kami akan membuat verifikasi dan jika benar penyelengaraan akan diluluskan segera. Sekolah-sekolah lain tu takder yang rosak kot...Orang dah bagi duit, kalau tak ambik kesempatan rugi la...

Monday, April 19, 2010

"Hall of Fame" - iQ-PSS

Salam 1Malaysia,
Sehingga hari ini 19 April 2010, 1.32 pm:   Hanya sekolah di bawah sudah disahkan iQ-PSS mereka.
1. SK Panchor Merah   2. SK Guntong   3. SK Kampung Rahmat
4. SK Kuala Setiu 5. SK Saujana   6. SK Kampung Besut  
7. SK Kampung Fikri (P)  8. SK Mangkok  9. SK Merang 
10. SK Kampung Buloh  11. SK Banggol   12. SK Guntong Luar  
13. SK Telaga Papan , dan..

Bengkel Menjawab Soalan UPSR

Salam 1Malaysia,
Bengkel berkenaan terbuka kepada anak-anak guru dan kakitangan sekolah sahaja. Butiran seperti di bawah;
  • Diadakan pada 30 April hingga 2 Mei 2010
  • Tempat PKG Langkap
  • Minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan
  • Fasi-fasi hebat dari seluruh Terengganu
  • Bayaran cuma RM60.00 sahaja
  • Sila hubungi Cg Shansuddin Ahmad (013-9751510)
  • Bertindak segera
TEMPAT ADALAH TERHAD

Sunday, April 18, 2010

"Hall of Fame" iQ-PSS

Salam 1Malaysia,
18 April 2010, 5.08 pm, hanya sekolah-sekolah yang tersenarai di bawah telah disahkan pengisian iQ-PSS mereka.Dapat bintang le tu..TAHNIAH KEPADA GPM YANG TERLIBAT...
1. SK Panchor Merah
2. SK Guntong
3. SK Kampung Rahmat
4. SK Kuala Setiu
5. SK Saujana
6. SK Kampung Besut
7. SK Kampung Fikri (P)
8. SK Mangkok
9. SK Merang
10. SK Kampung Buloh
11. SK Banggol, dan...

Saturday, April 17, 2010

iQ-PSS "Hall of Fame"

Salam 1Malaysia,
Sehingga hari ini 17 April 2010, hanya sekoklah-sekolah yang tersenarai di bawah telah disahkan pengisian iQ-PSS mereka.
1. SK Panchor Merah
2. SK Guntong
3. SK Kampung Rahmat
4. SK Kuala Setiu
5. SK Saujana
6. SK Kampung Besut
7. SK Kampung Fikri (P)
8. SK Mangkok
9. SK Merang
Nampaknya 13 buah sekolah lagi sedang membuat penarafan manakala yang selebihnya masih lagi mengekalkan status merah "Menanti Tindakan GPM". Ini bermakna GPM sekolah berkenaan masih belum lagi mengisi instrumen iQ-PSS mereka. Sekolah berkenaan ialah:
1. SMK Penarek     2. SMK Saujana      3. SK Banggol      4. SK Bintang.

Jika sekolah-sekolah berkenaan menghadapi masalah sila hubungi kami.

Thursday, April 15, 2010

Penyelengaraan ICT 2010

Salam 1Malaysia,
Tahun ini merupakan tahun jimat cermat bagi KPM. Justeru dalam konteks penyelengaraan ICT ini, hanya beberapa sekolah sahaja bagi zon PKG Permaisuri yang terlibat. Ini tidak bermakna sekolah yang tidak tersenarai ditolak ke tepi. Soal pemilihan sekolah adalah dibuat oleh pihak atasan KPM. Sekolah yang terlibat ialah:

Wednesday, April 14, 2010

Terima Kasih (Taklimat iQ-PSS & i-NILAM)

Salam 1Malaysia,
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua GPM yang hadir pada taklimat berkenaan. Kami memohon maaf andai ada kekurangan pihak kami semasa taklimat itu dijalankan. Harapan kami agar semua GPM mendapat input yang berguna dan boleh digunapakai. Juga harapan kami makanan yang disediakan dapat memenuhi selera tuan/puan. Tahniah kepada tuan/puan. Namun ada beberapa sekolah yang tidak dapat "dikesan" kehadiran mereka. Kami percaya mereka yang "Missing In Action" ini sudah mendalami input-input yang telah diberikan.

Taklimat iQ-PSS & i-NILAM.....Maklumat Tambahan

Salam 1Malaysia,
Maklumat tambahan yang diperlukan pada petang ini ialah:
1. Nama dan No KP Pengetua/Guru Besar
2. Plug extension..
Tu sajalah...jangan lupa bawok laptop...Download the letter here.

Tuesday, April 13, 2010

Persediaan Untuk Taklimat iQ-PSS & i-NILAM

Salam 1Malaysia,
Perhatian untuk semua GPM. Sebelum menghadiri taklimat esok pastikan:
     1. Tahu bahawa esok ada taklimat...maknanya ada surat la tu
     2. Bawok laptop...ni mandatori
     3. Nama dan No.KP Guru Data dan Guru NILAM
     4. Pas tu naik kereta/bas/lori menuju ke PKG untuk makan tengahari
     5. Taklimat .... iQ-PSS dan i-NILAM
     6. Tamat
Tetamu istimewa..
     1.  Pegawai Unit PSP BTPNT
     2.  Pegawai PKG Daerah Besut

    Monday, April 12, 2010

    iQ-PSS 12 April 2010

    Salam 1Malaysia,
    Sehingga ari ni, beberapa sekolah jer yang dah disahkan iQ-PSS sekolah mereka, maknanya dapat bintang tu..Tahniah kepada semua GPM yang terlibat...Bawah ni terdapat nama-nama sekolah yang HEBAT...

    Sunday, April 11, 2010

    iQ-PSS

    Salam 1Malaysia,
    Taklimat pengisian iQ-PSS akan diadakan pada 14 April ini. Tapi sebelum tu isilah dulu. Jangan tunggu taklimat baru nak isi. Takut-takut server iQ-PSS pulak yang jem..Sekolah yang dah isi tu bleh la tengok berapa bintang yang dapat. Tiada yang dapat 3 bintang...Apa cerita ni...Untuk taklimat pada Rabu ni sila bawa laptop yang ada wireless...jangan ada yang tak bawok pulok..

    Saturday, April 10, 2010

    SPPICTS dan STS

    Salam 1Malaysia,
    Seperti yang telah diumumkan, SPPICTS telah dibuka semula kepada sekolah-sekolah yang belum siap pengisian 100% , pada tarikh-tarikh tertentu. 4 Mei adalah tarikh yang dikhususkan kepada Terengganu, dan ada juga tarikh-tarikh yang dibuka kepada umum. Sila rujuk portal http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my/ssqs.

    Thursday, April 8, 2010

    Terima Kasih..

    Salam 1Malaysia,
    Terima kasih kepada semua ahli Mesyuarat Khas Penyelengaraan Komputer 2010. Kerjasama tuan/puan/cik amat kami hargai. Komitmen tuan/puan/cik menggambarkan betapa hebatnya institusi pendidikan kita. Kira tuan/puan/cik adalah golongan yang hebat. TAHNIAH..

    Juga jutaan terima kasih kepada Puan Linda, Pembantu Akauntan PPD Setiu kerana sudi "mencemar duli" hadir ke mesyuarat berkenaan.
    TERIMA KASIH DAUN KELADI..

    Tuesday, April 6, 2010

    Surat Mesyuarat Khas Penyelengaraan Komputer 2010

    Salam 1Malaysia,
    Download surat (versi digital) berkenaan di sini. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah.
    SMA Setiu, SMK Putera Jaya, SK Banggol, SK Lembah Jaya, SK Saujana, SK Kampung Fikri, SK Kuala Setiu, SK Penarek, SK Mangkok, SK Telaga Papan, SK Guntong, SK Kg Buloh, SK Kg Besut, SK Kampung Rahmat dan SK Rhu 10.

    Dalam surat versi fizikal (telah dikirimkan melalui Pengetua/Guru Besar/Guru Puteri Islam), kami turut masukkan SMK Penarek, SMK Saujana dan SMK Tg Ibrahim. Namun setelah "cross check" dibuat, sekolah berkenaan tidak termasuk di dalam senarai. Kami memohon maaf kepada Pengetua sekolah-sekolah berkenaan. Segala kesulitan amat dikesali.

    Mesyuarat Khas Penyelengaraan Komputer 2010

    Salam 1Malaysia,
    Perkara di atas menjadi rujukan. Maklumat mesyuarat adalah seperti di bawah.
    Tarikh : 8 April
    Tempat : PKG Permaisuri
    Masa : 10.00 pagi
    Ahli mesyuarat: Guru Penyelaras Bestari(GPB)/Guru Data/Guru ICT sekolah-sekolah yang berkenaan, Penyelia Pengurusan Maklumat PPD dan Pembantu Akauntan PPD.

    Surat akan diedarkan padi petang ini. Surat versi digital akan menyusul. Harap Maklum.

    Monday, April 5, 2010

    iQ-PSS, Data NILAM dan Integriti

    Salam 1Malaysia,
    Masih lagi ramai Guru Perpustakaan & Media (GPM) yang belum mengambil inisiatif untuk mengisi iQ-PSS. Jangan sampai masa dah suntuk baru nak bersusah-payah...banyak lagi keja lain yang tuan/puan nak buat kan..Lepas ni i-NILAM pulok..Diharap GPM semua dapat ambil tindakan segera, bak kata Pengarah JPNT, "SEKARAM"..

    Kutipan data NILAM bagi April 2010 pun dah nak tiba. jadi kenalah bersedia dengan data yang betul, tepat dan terkini. Integriti menjadi pegangan. Ingat dasar kerajaan bergantung kepada data dari tuan/puan...kalau dah tuan/puan manipulasi data..maka data yang kementerian dapat tentulah tak tepat...bila data tak tepat maka perancangan kerajaan pun tak lah tepat jugak...saper yang rugi?..kita dan anak-anak kita...

    Ntah...Berita Baik Kot....

    Salam 1Malaysia,
    Ni ada berita nak royat..Tak pasti la pulok berita baik ke buruk..SPPICTS telah mengalami kerosakan teknikal yang teruk dan agak kritikal..Masuk ICU..Maka dengan ini diumumkan bahawa kutipan data SPPICTS ditangguhkan buat sementara waktu. Segala kesulitan amatlah dikesali..

    Apapun, tahniah dan syabas kepada sekolah-sekolah yang telah siap pengisian, yang dah isi sikit-sikit dan jugok kepada yang baru nok cuba tra isi. Komitmen tuan/puan melambangkan organisasi di mana tuan/puan bernaung.

    "Pengurusan Cemerlang Organisasi Terbilang"

    Sunday, April 4, 2010

    SPPICTS Hall of Fame

    Salam 1Malaysia,
    Setakat jam 2.52 pm, 4 April, SK Kuala Setiu telah masuk ke dalam senarai. TAHNIAHHHHH...
    1. SK Kg Fikri (P)
    2. SK Merang
    3. SK Saujana
    4. SMK Saujana
    5. SK Guntong
    6. SK Bari
    7. SK Kg. Rahmat 
    8. SK Telaga Papan 
    9. SK Kuala Setiu

    SPPICTS...Server Makin sibuk

    Salam 1Malaysia,
    Nampaknya server SPPICTS di KPM menerima asakan yang bertalu-talu. Trafik makin banyak. Untuk mengurangkan kesesakan talian, sekolah boleh mengakses server SPPICTS melalui http://pnp.moe.edu.my/ssqs. Kurang sikit kadar aliran trafik kot..

    Isu Kenaikan Pangkat Guru SR

    Salam 1Malaysia,
    Info menarik tentang isu di atas sila kunjungi blog Unit SR JPNT. Semoga mendapat kefahaman yang jelas.

    Saturday, April 3, 2010

    SPPICTS Update

    Salam 1Malaysia,
    Setakat jam 9.52 pm, Sabtu 3 April, SK Telaga Papan telah masuk dalam "Hall of Fame" pengisian SPPICTS zon PKG Permaisuri. Tahniah dan tahniah serta tahniah kepada guru yang berkenaan. Senarai "Hall of Fame" telah bertambah..
    1. SK Kg Fikri (P)
    2. SK Merang
    3. SK Saujana
    4. SMK Saujana
    5. SK Guntong
    6. SK Bari
    7. SK Kg. Rahmat 
    8. SK Telaga Papan

    KEPUTUSAN PENARAFAN SSQS 2009

    Salam 1Malaysia,
    Dalam kehangatan pengisian SPPICTS ni, apa kata kita rileks jap...kita tengok pulok keputusan SSQS tahun lepas..Penarafan SSQS 2009 telahpun diwartakan keputusannya. Bagi Terengganu, 461 buah sekolah telah terlibat dengan penarafan berkenaan. Jadi setiap sekolah ada dalam "ranking"..Tahniah kepada sekolah yang dapat "ranking" yang baik. Untuk sekolah-sekolah zon PKG Permaisuri, sila download fail ini. Bagi keputusan yang lebih details lagi dan keputusan seluruh negeri, sila download di sini.

    Friday, April 2, 2010

    Lagi "tabik spring"..

    Salam 1Malaysia,
    Ari ni SK Bari(P) dan SK Kg. Rahmat pulok masuk dalam senarai..Tahniah kepada guru yang berkenaan..So far, the list is expanding..Moga hujung minggu ni kohor banyok sekolah masuk dalam senarai...
    1. SK Kg Fikri (P)
    2. SK Merang
    3. SK Saujana
    4. SMK Saujana
    5. SK Guntong
    6. SK Bari
    7. SK Kg. Rahmat

    Thursday, April 1, 2010

    Lagi-lagi SPPICTS..

    Salam 1Malaysia,
    Kali ni pulok nok ucap tahniah dan "tabik spring" kepada Cg Nazaruddin SK Guntong kerana bereh doh pengisian SPPICTS. Kerjasama dan komitmen tuan amat disanjungi. TAHNIAH=CONGRATULATIONS..

    SPPICTS Lagi..

    Salam 1Malaysia,
    Tuan-tuan dan puan-puan, saudara dan saudari, adik kakok sekelian...adapun status terkini secara keseluruhan bagi pengisian SPPICTS sekolah-sekolah Zon PKG Permaisuri masih lagi di bawah 16%..masa dah makin suntuk..server di KPM pulak dah mula pening..rasa-rasanya masihkah ada kesempatan pengisian dilakukan 100% sebelum 9 April ni...Susah nak fikir...Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan, saudara dan saudari, adik kakok sekelian amatlah kami harapkan...

    Apapun "tabik spring" kepada pengurusan sekolah dan guru yang berkenaan yang telah siap 100% pengisian. Terima kasih dan tahniah kepada:
    1. SK Kg Fikri (P)
    2. SK Merang
    3. SK Saujana
    4. SMK Saujana