Saturday, July 31, 2010

Progress SSQS July 31..

Salam 1Malaysia,
Tahniah dan tabik spring kepada SK Saujana (Cg Him, pengurusan sekolah, responden-guru, responden-murid dan semua yang terlibat) kerana menjadi sekolah yang pertama siap pengisian SSQS..Tahniah..SK Kg Buloh pula mengikut rapat ayunan langkah SK Saujana...Tahniah...SMK Tg Ibrahim juga makin ke depan..SK Kg Fikri pula masih mengekori dengan gaya yang tersendiri..Semoga sebelum bulan buasa yang bakal menjelma ni, siaplah pengisian SSQS bagi semua sekolah..Harapan yang disandarkan di bahu Guru ICT dan semua guru serta murid yang bakal terlibat sebagai responden SSQS..Kita tengok progress untuk tiap sekolah melalui gambar di bawah...Layan jer laaa...

Pengiktirafan Ijazah SMP OUM..

Salam 1Malaysia,
Program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan:
(a)   Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Pra-Sekolah) dengan Kepujian; dan
(b)   Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian dengan Major;
       (i)   Bahasa Melayu (ii)  Bahasa Cina (iii) Bahasa Arab  (iv)  Bahasa Tamil (v)   Bahasa Inggeris
       (vi)  Pendidikan Islam (vii) Pendidikan Seni Visual (viii)Pendidikan Jasmani (ix)  Pendidikan Khas
       (x)   Pendidikan Muzik (xi)  Kajian Sosial (xii) Sains (xiii)Matematik (xiv) Kemahiran Hidup
* Maklumat lanjut sila rujuk SPP : http://www.spp.gov.my/

Thursday, July 29, 2010

Bengkel Khas NILAM/i-NILAM SM Agama Setiu

Salam 1Malaysia,
Tahniah kepada SM Agama Setiu kerana menjemput PKG untuk memberi taklimat kepada guru-guru tentang NILAM dan i-NILAM..

Status SSQS pagi ni, July 29 @ 8.54 am

Salam 1Malaysia,
Sehingga ke saat entri ini ditulis, hanya 11 buah sekolah yang sedang membuat penarafan SSQS dan15 buah sekolah masih belum mengambil tindakan lagi..Belum ada satu sekolah pun lagi yang dah siap 100%..

Contoh Agihan Guru SSQS (Bil. Guru kurang 30)

Salam 1Malaysia,
Disertakan contoh agihan bagi kes guru kurang daripada 30..

Wednesday, July 28, 2010

SSQS-Bilangan Responden

Salam 1Malaysia,
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah WAJIB melengkapkan semua pengisian responden/guru iaitu sebanyak 30. Bagi sekolah yang bilangan guru kurang daripada 30 (tidak termasuk Guru Besar dan Guru ICT), pengisian hendaklah dibuat setakat yang ada sahaja TETAPI mesti melibatkan semua guru. Email berikut menjadi rujukan.

Tuan/Puan;

Bilangan Responden:

Bagi sekolah yang jumlah responden guru kurang drp. 30;
   Contoh : 15 orang (tidak termasuk GB dan guru ICT)
   Tindakan sekolah adalah seperti berikut:
a. Buat agihan responden, supaya semua subjek mempunyai responden walaupun tidak cukup 5   
    responden;
b. Sekiranya, masih ada guru yang tidak terlibat dengan subjek tersebut; pihak sekolah dikehendaki
    melengkapkan semaksima responden bagi subjek tersebut dengan budi bicara pihak sekolah  
    (agihan guru untuk  jawab) ASALKAN JUMLAH RESPONDEN TIDAK BOLEH MELEBIHI 
     JUMLAH GURU DI SEKOLAH TERSEBUT TERMASUK GB DAN GURU ICT.

Sekian, terima kasih. 

SSQS setakat tengahari ni..

Salam 1Malaysia,
Perjalanan SSQS masih lagi perlahan..tiada sekolah yang siap sepenuhnya..Masih banyak sekolah yang buat donno jer..Namun tahniah kepada SK Kg Fikri (P) (Cg Tarmizi) dan SK Telaga Papan (Cg Aya) kerana telah mula memanaskan gelanggang SSQS..

Tuesday, July 27, 2010

SSQS Hari ini July 27 @ 7.15pm

Salam 1Malaysia,
Nampaknya ari ni SMK Putera Jaya dan SK Kuala Setiu telah mula buat penarafan SSQS. Tahniah..

Monday, July 26, 2010

Kampus Astro

Salam 1Malaysia,
Rasanya majoriti sekolah telahpun dibekalkan dengan peralatan Kampus Astro. Ini sudah bagus..Peralatan ini akan dipasang oleh kontraktor yang telah dilantik oleh pihak Astro. Jadi pihak sekolah jangan la nak pasang sendiri. Bukan tak boleh..cuma takut ada peralatan yang rosak angkara kita..Marah pulak Astro nanti dan belum tentu peralatan tu senang-senang jer pihak Astro nak ganti kot..So jangan lah yer..Kena tunggu kontraktor tu datang dan buat pemasangan. Jadi kena sabar la..Mengikut kata kontraktor berkenaan. dia akan contact sekolah dulu sebelum pemasangan dibuat..tupun setelah arahan pemasangan dibuat oleh pihak Astro..Jadi sabor jer la..

Dua sekolah yang telah dipasang ialah SK Kg Buloh dan SK Merang..Semoga tahap penggunaan Kampus Astro adalah tinggi....dan bukan hanya "projek gajah putih"...

Interesting...

Salam 1Malaysia,
Mufti: No Need For Edict on 'Haram' Items (NST, July 26, pg 6)

KUALA LUMPUR: There is no need for a fatwa or a religious edict to ban Muslims from wearing jerseys with images of Satan, alcohol and crests of other religious, Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria said yesterday.
   He said it was clearly stated in Islamic laws that it was haram for muslims to wear clothing or accessories portraying those images.
   "Satan is enemy of man while the cross is the religious symbol of the Christians. Why should we worship the symbols of other religious and the devil by wearing such shirts?"
   Wearing such items would only erode one's belief in Islam, Harussani said when asked to comment on a statement by former Johor mufti, Datuk Nooh Gadut, who had said a fatwa should be put in place to address this problem. Nooh said Muslims should not wear the Manchester United red jerseys because of the "devil" emblem on its team crest and also shirts of other teams, including Brazil, Portugal, Barcelona, Serbia and Norway. All carry images of the cross on their team emblems.

Sunday, July 25, 2010

SSQS Status at noon..25/7/2010@1200pm

Salam 1Malaysia,
Nampaknya SK Merang, SK Banggol, SK Saujana dan SMK Tg Ibrahim telah mula membuat penarafan SSQS sekolah mereka..Tahniah cikgu-cikgu...Semakin banyak sekolah-sekolah mara ke hadapan..SSQS menjadi semakin menarik..

Status SSQS Pagi Ni..25/7/2010@816am

Salam 1 Malaysia,
Nampaknya progress SSQS masih lagi di tahap awal..perlahan..masih dalam keadaan gear satu..Namun dah ada sekolah-sekolah yang telah isi..Tahniah kepada Cikgu Dahari (SMK Saujana) kerana dah 50% responden telah menjawab@mengambil tindakan..Cikgu Saiful (SK Panchor Merah) dan Cikgu Shamsul (SK Kg Buloh) pun telah ada inisiatif awal tu..Di bawah ni kita pakat-pakat tengok status semasa SSQS..Layannnnn..

Thursday, July 22, 2010

SSQS

Salam 1Malaysia,
Penarafan SSQS telah bermula..Oleh kerana benda ni setahun sekali, rasanya pasti adalah masalah yang akan timbul di pihak sekolah..Jadi segerakanlah menghubungi kami..kami sedia membantu..Cara nak isi SSQS...
1. log in ke portal ssqs.moe.edu.my dan pilih "Maklumat Responden" then print..Kat situ ada No TAG yang akan digunakan oleh setiap individu yang terlibat. Ni tugas Guru ICT/GPB/Guru Data..

2. Bagi setiap responden pula...nak jawab soalan tu kenalah log in ke portal SSQS jugok. Tapi kali ni bagi ruangan nama pengguna sila masukkan kod sekolah dan "r" di belakang..Contoh..tea6082r ..lepas tu jawab la soalan tu sebaik mungkin. Jawapan responden akan menentukan taraf/tahap sekolah..berapa bintang yang akan dapat..layak ke untuk dikategorikan sebagai sekolah bestari atau tidak...Semua tu bergantung kepada jawapan responden..responden penentu taraf sekolah..

3. Jangan sesekali kemaskini maklumat diri atau tukar password..kalau nasib tak baik..semua responden tak akan dapat jawab soalan SSQS...fuhhhh...jangan la..

4. If problems occured, do contact us..

Wednesday, July 21, 2010

Tahniah..

Salam 1Malaysia,
Kami warga PKG Permaisuri ingin merakamkan ucapan tahniah kepada En Jawahil Abdullah (Bekas Pegawai VOTEK PPD Setiu) kerana telah bertukar dan menjawat jawatan baru. Beliau telah memulakan tugas baru sebagai GPK Pentadbiran di SMK Penarek. Segala jasa beliau semasa memegang jawatan berkenaan merangkap Pegawai Perhubungan antara BTPN/PKG dengan PPD Setiu amatlah dihargai. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada En Jawahil.


Tempat En Jawahil kini telah diisi oleh En Kamaruzaman Hamat, bekas PK Ko-Kurikulum SMK Guntong. Semoga kehadiran En Kamaruzaman akan lebih memantapkan lagi hubungan baik sedia ada antara PPD Setiu dan BTPN/PKG Terengganu.


(Gambar diambil daripada ppdsetiu.net dan guntongbest.blogspot.com)

Monday, July 19, 2010

Thanks..

Salam 1Malaysia,
Bengkel i-NILAM telah berjaya dilangsungkan. Masalah teknikal tu perkara biasa. Namun matlamat penganjuran bengkel telah terlaksana. Thanks to Mr Kamaruzaman (Pegawai baru VOTEK PPD Setiu), Encik Zaidan (BTPNT) and to all teachers yang sudi hadir. Kerjasama dan komitmen anda sekelian amat dihargai. TAHNIAH kepada anda semua. Jika ada masalah, pihak kami sedia membantu...

Thanks...

Sekadar Mengingatkan..

Salam 1Malaysia,
Sekadar nak mengingatkan..
1. Bengkel i-NILAM : Petang ni ada Bengkel i-NILAM jam 2.00 petang. Datang awal untuk makan dulu..lepas tu baru kita mulakan bengkel. Tetamu khas hari ni ialah En Jawahil (Pegawai VOTEK PPD Setiu) dan En Zaidan (Pegawai UPSP BTPNT). Keperluan bengkel seperti yang tertera dalam surat tu, sila bawa bersama. Jumpa anda petang nanti..

2. SSQS: Penarafan SSQS dah mula pada hari ni..Kalau tengok pada jumlah responden tu memang agak terkejut jugak. Apa-apapun isi jer dulu dalam 62 responden..1 Guru ICT, 1 Pentadbir, 30 guru dan 30 pelajar. Camner nak  jawab soalan bagi tiap responden? Caranya..masukkan kod sekolah dan "r" dibelakangnya (bagi nama pengguna) dan 123 bagi kata laluan. contoh: "tea6085r"..Apa signifikan SSQS ni? SSQS ialah penarafan sekolah..maknanya sekolah anda akan diberi bintang (1-5 bintang) berdasarkan item-item SSQS ni. Kalau nak dicalonkan untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), SSQS kenalah dapat banyak bintang. Jika ada masalah pihak kami akan membantu..

Sekadar mengingatkan....

Saturday, July 17, 2010

Penarafan SSQS

Salam 1Malaysia,
Sekian lama dinanti akhir tiba juga..cheeewahhh...Ya..Penarafan SSQS akan bermula pada 19 Julai ini sehingga 30 Ogos. Sebulan jugak masa tu..Kalau sekolah ambil tindakan awal pasti tiada masalah. Namun, jika pihak sekolah ada sebarang kemusykilan, sila hubungi kami dengan segera. Surat telah diemailkan kepada sekolah masing-masing. Walaupun demikian, pihak PKG akan menghantar surat sebagai back up mulai esok.

Wednesday, July 14, 2010

Bengkel i-NILAM

Salam 1Malaysia,
Kepada Guru Penyelaras NILAM ataupun Guru Perpustakaan dan Media (GPM), satu Bengkel Pengisian Data i-NILAM Secara Online akan diadakan pada 19 Julai (Isnin) jam 2 petang di PKG Permaisuri. Surat panggilan telahpun diedarkan. Pastikan keperluan yang dinyatakan dalam surat berkenaan hendaklah dibawa bersama bagi memastikan bengkel berkenaan berjalan lancar. Macam biasa la. lunch kita sediakan. Datang awal, makan awal, bengkel awal dan balik pun awal..Jumpa anda Isnin ini....

Sunday, July 4, 2010

4 Julai...status SPPICTS 8 pagi

Salam 1Malaysia..
Berikut adalah status SPPICTS pagi ni. Bagi sekolah yang dah beres..TAHNIAH..yang tak beres...beres-bereskanlah. Ada masalah dan kemusykilan sila hubungi kami..

Thursday, July 1, 2010

SPPICTS 1 Julai 9.15am

Salam 1Malaysia,
Status SPPICTS 1 Julai...Tahniah pada sekolah yang dah beres..