Sunday, February 28, 2010

Migrasi Teknologi SchoolNet....Status Terkini

Salam 1Malaysia,

Terkini, SK Telaga Papan telah siap dibuat pemasangan VSAT Ku-Band pada 25 Februari 2010. Tahniah kepada SK Telaga Papan!

Thursday, February 25, 2010

iQ-PSS Update..

Salam 1Malaysia,

Congratulations to SK Guntong for being the first school in PKG Permaisuri Zone which submitted the complete online iQ-PSS form to be verified by PKG. Well done Mr Imran!
(bekki semula dehh..kalu rasa puas hati..send balik..).

Wednesday, February 24, 2010

NILAM GURU 2010

Salam 1Malaysia,

Selama ni murid-murid sekolah jer yang ada NILAM( agak-agak, ada tak guru yang tak tahu apa bendanya NILAM tu?), tapi le ni, hasil cetusan idea YB Haji Ahmad Razif , NILAM Guru pula akan muncul. Ini akan memberikan pengiktirafan kepada rakan-rakan kita yang gemar membaca. Ia akan dilancarkan pada hari ni 24.2.2010 sempana Pesta Buku Negeri Terengganu (sila lihat post yang terdahulu )di TTC. Syarat? Asalkan anda guru, maka anda layak menyertainya. Camner nak sertai? Ambik borang permohonan then isi tapi anda mestilah baca buku dulu. Kategori buku? Ilmiah dan lain-lain yang bersesuaian. URTV, Mangga atau majalah/buku picisan yang lain tak bleh la kannnn, kita kan guru..!! So nak borang? Download here. Maklumat lanjut klik kat sini . Nak Maklumat lagi? Hubungi Unit PSP BTPN Terengganu atau PKG.



Ada berani ???????

Tuesday, February 23, 2010

Surat Mesyuarat JKPA PKG Permaisuri Kali 1/2010

Salam 1Malaysia,

Perhatian kepada semua Pengetua/Guru Besar Sekolah-sekolah Ahli PKG Permaisuri. PKG Permaisuri akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) Kali 1/2010 pada 2 Mac 2010 ini. Mesyuarat kali ini salah satu agendanya ialah pemilihan JKPA dan juga JK Kerja bagi sesi 2010/2012. Kehadiran semua Pengetua/Guru Besar amat penting dalam menentukan barisan JK baru serta sumbangannya kepada semua sekolah ahli. Sehubungan dengan itu, pautan di bawah ini adalah surat panggilan mesyuarat berkenaan. Sila muat turun.


Minit Mesyuarat JKPA 1/2009 boleh dimuat turun menggunakan pautan di bawah.


Kerjasama dan komitmen tuan sangatlah bermakna kepada kami.

Soalan OTI3

Salam 1Malaysia,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pencetak iaitu Percetakan Yayasan Terengganu telahpun menghantar semua soalan-soalan OTI3 ke premis kami. Diharap agar pihak sekolah dapat mengambil soalan-soalan berkenaan dengan SEGERA. Komitmen tuan amat kami hargai.

Monday, February 22, 2010

Migrasi Teknologi SchoolNet

Salam 1Malaysia,

Beberapa sekolah di Zon PKG Permaisuri akan menerima perubahan teknologi untuk akses kepada internet. Sekolah-sekolah yang mediumnya adalah "wireless" akan  mempunyai medium baru, sama ada teknologi ADSL (kabel) ataupun VSAT KU-Band. Institusi yang berkenaan ialah:

  1. SK Telaga Papan - ADSL
  2. SK Guntong Luar - ADSL
  3. SK Kuala Setiu - VSAT KU-Band
  4. SK Bari - VSAT KU-Band
  5. SMK Guntong - VSAT KU-Band

Justeru, pihak pengurusan sekolah dan guru yang terlibat diminta memberikan kerjasama kepada kontraktor yang dilantik bagi pemasangan berkenaan. Surat pemakluman akan diedarkan sedikit masa lagi.

Sunday, February 21, 2010

iQ-PSS 2010

Salam 1Malaysia,

Diucapkan tahniah kepada SK Bari(P)kerana menjadi sekolah yang pertama bagi Zon PKG Permaisuri yang sedang membuat penarafan kendiri PSS (iQ-PSS)2010. Tahniah!


Sekiranya tuan/puan GPM menghadapi masalah tentang iQ-PSS, sila hubungi kami dengan segera.

Wednesday, February 17, 2010

Sekitar Majlis "TAKLIF" SMK Guntong

Salam 1Malaysia,

17 Februari 2010 : SMK Guntong dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis "Taklif" iaitu penyerahan tanggungjawab daripada ibubapa kepada pelajar. Majlis berkenaan dikendalikan oleh Ust. Nazri Yusof, KPP Yayasan Pembangunan Keluarga.

Surat & Jadual Kursus Fotografi GPM 2010

Salam 1Malaysia,

Kepada Cg Imran SK Guntong, surat telah diupload. Tuan boleh downloadnya melalui link di bawah:-

Kursus Fotografi GPM2010.rar

Semoga dalam tindakan tuan.

Surat Arahan Pengisian iQ-PSS

Salam 1Malaysia,

Arahan untuk pengisian iQ-PSS bagi tahun 2010 telah dibuat oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk muat turn sila klik pada gambar surat di bawah. Sila log in ke http://btp.tarantula.my untuk mengisi penarafan berkenaan. Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah, sila hubungi kami.

Tuesday, February 16, 2010

Carta Organisasi PKG Permaisuri 2010

Siapa Kami?

Pesta Buku Terengganu 2010

iQ-PSS 2010

Salam 1Malaysia,
Penarafan kendiri Pusat Sumber Sekolah bermula lagi! Seperti juga tahun lepas, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) akan log in ke http://btp.tarantula.my untuk untuk melakukan proses penarafan. Arahan yang diterima mengatakan proses penarafan telah bermula pada 9 Februari 2010. Cuma diingatkan bahawa, GPM jangan sekadar mengisi sahaja instrumen yang berkenaan, sebaliknya melengkapkan apa yang seharusnya ada dalam setiap instrumen. Barulah dapat bintang yang lebih!!! Sebarang masalah sila hubungi En Sharuddin bagi PKG Permaisuri dan En Shansuddin bagi PKG Langkap. Status iQ-PSS tahun 2009 telahpun dibentangkan pada Mesyuarat Pengurusan PPD Setiu baru-baru ini. Harapan PKG agar tahap iQ-PSS sekolah-sekolah daerah Setiu bagi tahun 2010 akan meningkat.

Sila lawati http://pkgsentul.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Cabaran 2010

Salam 1Malaysia,
2010 merupakan tahun yang penuh cabaran. Kekangan kewangan yang berlaku menyebabkan semua pegawai kerajaan terpaksa memikirkan kaedah pencapaian KPI yang ditetapkan dengan lebih bijak. Justeru, kekreatifan pegawai dalam menjayakan sesuatu tugasan amatlah penting. Apapun, sebagai penjawat awam kita mesti akur dengan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi. So, kita mesti.."WORK SMART"..

Dan di tahun 2010 ini, tuan punya blog akan lebih aktif dalam menyediakan informasi kepada semua yang terlibat dengan PKG. Tuan punya akan berusaha lebih...(Mampu kah aku...)