Wednesday, May 26, 2010

i-NILAM

Salam 1Malaysia,
GPM dan Guru Data seharusnya telah mencuba untuk mengimport data SMM(TMurid) untuk aplikasi i-NILAM, dan beberapa sekolah telah dengan jaya menyempurnakannya. Tahniah dan terima kasih kepada Guru Data/GPM/Guru NILAM sekolah-sekolah berikut:
1. SK Banggol             2. SK Bari (P)                 3. SK Kampung Buloh
4. SK Mangkok          5. SK Panchor Merah      6. SMK Tengku Ibrahim

Sekolah lain pun kena la challange sekolah-sekolah yang hebat ni. Ada berani???

Selepas data diimport, pastikan GPM/Guru NILAM mengemaskini markah untuk setiap murid, jumlah bacaan pada akhir tahun lepas dan seterusnya sehingga April baru-baru ini. Selain itu, data hendaklah dikemaskini secara berkala supaya kerja tidak menjadi bertambah rumit. Jika perlukan bengkel pihak kami akan mengadakannya. Kepada GPM/Guru NILAM yang singgah kat blog ni, sila buat undian di sebelah kiri..

Monday, May 24, 2010

Tak Terupdate

Salam 1Malaysia,
Maaf...bukan kerana tak ada bahan nak update..tapi seminggu ni tubuh rasa semacam jer..tak berapa sihat la tu..akan kembali mengupdate bila dah sihat  sikit...soriiiii..

Thursday, May 20, 2010

The 48 Laws of Power..

Salam 1Malaysia,
Seperti yang telah dijanjikan...ari ni nak ceritakan tentang buku tersebut. Ada 48 laws untuk kita menjadi orang yang berkuasa..Hebat tu..Jadi ari ni nak diceritakanlah Law #1...
1. Law #1: NEVER OUTSHINE YOUR SUPERIOR
Ya..jangan sesekali outshine kita punya bos-bos sebab bila bos rasa terancam, macam-macam boleh terjadi. Sekalipun kita hebat atau ada idea-idea yang baik, pastikan kita tak menampakkan yang idea kita lebih baik daripa bos kita punya. Ceritakan tentang idea kita tu dengan baik pada bos. Bos ni memerlukan perhatian daripada anak buah dan orang sekeliling, maknanya golongan bos ni suka menjadi perhatian. kalau dah anak buah lebih hebat daripada bos, maka pastilah bos akan rasa smacam jer kan...

Pada zaman pemerintahan Louis XIV, perdana menterinya telah mati dan ada seorang pegawai yang hebat bernama Pauquet yang mengidamkan jawatan tersebut. Pauquet adalah seorang menteri yang amat berkebolehan dan dikaguni oleh semua orang. Kerana kebolehannya itulah, maka Louis tak pilih Pauquet untuk jawatan tu. Namun beliau tetap inginkan jawatan tersebut. So satu hari, Pauquet telah mengadakan satu parti yang maha hebat, belum pernah dibuat orang pada zaman tu. Semua VVIP dan jemputan merasa amat kagum termasuklah Louis XIV. Louis rasa tercabar dengan tindakan Pauquet, namun Pauquet rasa dia telah dapat mengubah pendirian Louis untuk jawatan yang diidamkan itu. Malang sekali, selepas itu Pauquet ditangkap dengan tuduhan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi yang sebelum ini dia dan Louis memang sama-sama curi duit rakyat jugak..kesian..akhirnya Pauquet dipenjarakan.

Jadi bila bos dan rasa terancam, kita yang hebat ni akan menjadi mangsa. So never ever outshine your superior...think twice, act wise..

Wednesday, May 19, 2010

Bicara Buku..

Salam 1Malaysia,
Today i'm going  to share something with all of you..a book..yes a book..Actually i have just started reading a book entitled "The 48 Laws of Power" by Robert Greene. Very interesting.. According to the author, there are 48 laws to be a man with power. Each law is also has the related story of the real situations. To date i just read 3 laws....hahahaha...45 laws more to finish..So..begins tomorrow, i will summarize all the laws...day by day...hopefully Allah The Almighty gives me the strength to do so..and if you guys out there wanna share the books you had read, you are most welcome...

Data NILAM April

Salam 1Malaysia,
Sehingga hari ini, masih ada 3 buah sekolah yang belum sempat menghantar data berkenaan, iaitu:
1. SMK Putera Jaya
2. SMK Saujana, dan
3. SMK Penarek

Semoga GPM atau Guru NILAM sekolah berkenaan dapat bertindak segera.

Sunday, May 16, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

Salam 1Malaysia,
This morning i received a text message from my long-lost-friend.."We can accept coffee without susu, nights without lampu, curry without lembu, burgers without keju, but NOT school without GURU"...and i replied.." a class without a guru, it could be a zoo.." ..joking...anyway, to all my visitors(TEACHERS), "HAPPY TEACHER'S DAY"..but right now, i'm thinking...is all over the world celebrating 16th May as teacher's day or just in Malaysia?....still thinking...

Antara mesej Hari Guru yang menarik..."Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU, guru juga kadangkala seperti TV3 kerana menjadi INSPIRASI HIDUPKU..yang pasti guru juga bagaikan TV9 DEKAT DIHATIKU..dan yang paling penting guru juga bagikan pakej ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA...."

Macam-macam...

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

Salam 1Malaysia,
(image is taken from :http://btpntrg.net/btpntweb/images/banners/hguru2010.jpg)

Wednesday, May 12, 2010

Data NILAM April

Salam 1Malaysia,
Setakat waktu Asar petang ni, masih ada 11 buah sekolah yang belum menghantar data berkenaan. Apakah perlu pihak kami menghantar surat kepada Pengetua/Guru Besar? Jika terpaksa, kami akan usahakan...

Tuesday, May 11, 2010

Borang Data NILAM

Salam 1Malaysia,
Atas permintaan ramai...inilah dia borang NILAM yang sangat dicari itu..terimalah..klik kat jer sini.

Monday, May 10, 2010

Data NILAM April, iQ-PSS & i-NILAM

Salam 1Malaysia,
1. Data NILAM April: Untuk sesi kutipan ini, data yang diperlukan ialah menggunakan borang manual, sama macam tahun lepas. Penghantaran data menggunakan i-NILAM adalah untuk kutipan September.

2. iQ-PSS: Entah dimana silapnya, GPM yang hadir taklimat ari tu dah isi penarafan, tapi sampai sekarang tak dimajukan kepada PKG. Maknanya status iQ-PSS masih lagi "Penarafan PSS Oleh GPM", maknanya jugak masih lagi tak siap sebab PKG tak dapat nak sahkan penarafan berkenaan. Jadi, kena majukan kepada PKG dulu la.Yang bestnya pulak, 2 buah sekolah menengah masih lagi belum mengambil tindakan...

3. i-NILAM: GPM dan Guru Data bolehlah berkolaborasi untuk muat naik atau import data SMM sekolah. Data yang diperlukan hanyalah fail TMurid. Tak susah pun..ada masalah sila hubungi PKG..

Sunday, May 9, 2010

Kursus Pedagogi Bahasa Inggeris

Salam 1Malaysia,
Semenjak Jumaat 7 Mei hingga hari ini 9 Mei, PKG Permaisuri diriuhkan oleh guru-guru Bahasa Inggeris yang terlibat dengan kursus berkenaan. Kursus yang di bawah kelolaan IPG Kampus Sultan Mizan ini nampaknya mendapat sambutan dan diberikan kerjasama oleh semua guru yang terlibat. En Azman, pensyarah IPG SM, mengendlikan kursus ini dengan jayanya. Kami berharap sepanjang 3 hari di sini, tuan/puan mendapat sesuatu yang baru dan menjadi bekal untuk di bawa pulang ke sekolah. Semoga premis kami memberikan kepuasan kepada tuan/puan. Kami alu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan.

Tengoklah gambar-gambar ni..and this is the song..it's not goodbye by Laura Pausini..from youtube..enjoy it...just click the links..

Entah..Letih & Meletihkan..

Salam 1Malaysia,
Tuan punya blog sedang letih..macam-macam yang bisa buat kita jadi letih...kuat kerja letih...banyak kerja letih..sibuk pun letih...serabut pun letih...macam-macam benda yang meletihkan...letih minda adalah letih yang paling letih dalam keluarga letih.. dan yang pastinya menunggu sesuatu juga akan jadi letih...Sekarang ni tengah tunggu GPM isi dan hantar instrumen iQ-PSS ...masih lagi ada yang tak bertindak...tunggu data NILAM April pun masih lagi tak sampai-sampai...tak tau lah ... letih dan meletihkan..nasib badan..

Tuesday, May 4, 2010

Status SPPICTS 12.35 tenghari 4 Mei 2010

Salam 1Malaysia,
Setakat jam 12.35 tengahari...progres pengisian SPPICTS adalah seperti berikut..
SK Mangkok 67%
SK Bintang 50%
SK Guntong Luar 71%
SK Banggol 86%
SK Permaisuri 29%
SMK Penarek 86%
SMK Guntong 57%
SMK Putera Jaya 83%
SMK Tg Ibrahim 86%

Tiada dalam senarai tu semua dah beres. Thankss...

Borang Pelupusan

Salam 1Malaysia,
Atas permintaan maka diuploadkanlah borang pelupusan yang berkenaan. Adapun tatacara pelupusan itu tertakluk kepada syarat dan peraturan. Pertama kena isi dulu borang aduan kerosakan barang KEW PA-7. Satu barang satu borang. Kemudian majukan borang berkenaan ke PPD atau JPN untuk kelulusan. Bagi peralatan ICT, sila kemukakan kepada Sektor ICT JPN. Pegawai Pemeriksa dari jabatan akan ke sekolah tuan untuk proses pemeriksaan alatan. Kalau dah diluluskan barulah isi KEW PA-16 dan KEW PA-17. Maklumat lanjut bolehlah tanya kepada Pembantu Tadbir sekolah tuan/puan ataupun Pegawai Aset di sekolah tuan/puan. Klik jer kat sini untuk borang berkenaan.

Data NILAM April 2010

Salam 1Malaysia,
Proses pengumpulan data NILAM April sedang bermula..YM Ku Shikin SK Kg Fikri (P) adalah GPM yang pertama hantar...Tahniah ...Yang lain sila hantar data berkenaan minggu ini. Bagi GPM yang dah lupa macamana gamaknya borang NILAM tu, boleh lah download. Klik jer kat sini.

Today is 4th May..Hari ini 4 Mei..

Salam 1Malaysia..
Apa signifikannya 4 Mei? Bagi yang tahu pastinya sudah tahu apa yang patut tahu...Yesss...4 Mei ialah hari pengisian instrumen SPPICTS bagi negeri Terengganu, dan bagi Zon PKG Permaisuri masih ada lagi sekolah yang belum siap 100% pengisian instrumen berkenaan. Jadi tolonghlah ambil kesempatan pada hari ini..Tahniah kepada 16 buah sekolah yang dah siap isi...bagi yang belum siap tu sila bertindak segera...yang pastinya...tuan/puan menggambarkan imej pengurusan sekolah tuan/puan...Sehebat manapun sekolah tuan, kalau benda yang remeh temeh ni tak beres, hilang juga kehebatannya...Fikir-fikir kan...