Tuesday, March 30, 2010

Status Semasa SPPICTS 30 Mac 2010

Salam 1Malaysia,
Nampaknya progres SPPICTS masih lagi ditahap "slow banget". Tarikh tutup makin hampir. Pengetua/Guru Besar seharusnya memandang perkara ini lebih serius kerana ia akan menggambarkan organisasi tuan. Fail progres semasa SPPICTS setakat jam 10:08:46 a.m 30 Mac 2010 boleh ambik kat sini.

Monday, March 29, 2010

Maklumat Sekolah Ahli PKG Permaisuri

Salam 1Malaysia,
Surat kami PKG(TRG-PM)8800/1/5(56), bertarikh 5 Januari 2010 adalah dirujuk. Sehingga hari ini 29 Mac 2010, masih banyak lagi sekolah yang belum menghantar maklumat berkenaan. Justeru kami mengharapkan kerjasama pihak pengurusan sekolah agar dapat menghantar maklumat berkenaan dengan segera. Sila download borang berkenaan di sini.

Borang berkenaan boleh diemailkan kepada kami atau apa-apa sahaja "method" penghantaran yang sesuai.Email kami pkgqueen@gmail.com atau pkg_permaisuri@moe.edu.my. Mesin fax rosakkkk....

iQ-PSS

Salam 1Malaysia,
Nampaknya progres pengisian iQ-PSS bagi sekolah-sekolah Zon PKG Permaisuri masih lagi ditahap "perlahan". Sekiranya Guru Perpustakaan & Media (GPM) meghadapi masalah, sila hubungi kami untuk bantuan segera. Diharap pihak pengurusan sekolah mengambil tindakan yang sewajarnya.

Semasa SPPICTS

Salam 1Malaysia,
Tahniah kepada SK Merang kerana telah berjaya menyudahkan pengisian instrumen berkenaan. Syabas kepada Cikgu Sulaimi. Komitmen tuan amat kami hargai..

Saturday, March 27, 2010

Makluman SPPICTS 2010

Salam 1Malaysia
Dimaklumkan bahawa Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah  (SPPICTS)sedang  dilaksanakan bermula dari 21 Mac hingga 9 April 2010. Terdapat  beberapa kesilapan dilakukan oleh pihak sekolah ketika menjawab kerana  terdapat sekolah yang tidak menjawab dimensi baru. Dimensi yang perlu  dijawab adalah seperti berikut;

1. Pusat Akses Sekolah (hanya sekolah terlibat)
2. Makmal Komputer (Wajib dijawab)
3. Capaian Internet (Wajib dijawab)
4. Perisian Kursus (wajib dijawab)
5. Peralatan PPSMI (Wajib dijawab)
6. Perkongsian Pintar (hanya sekolah terlibat)
7. EduwebTV (Wajib dijawab)
8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran (Wajib dijawab)

Ini bermakna, setiap sekolah wajib menjawab sekurang-kurangnya 6 dimensi yang terlibat..Kalau tak cukup 6, maknanya masih lagi tak lengkap walaupun indikator progres menunjukkan 100%. Harap ambil perhatian...

Thursday, March 25, 2010

Progress Semasa SPPICTS

Salam 1Malaysia,
Sehingga pukul 11.25 am, 25 Mac 2010, hanya SK Kampung Fikri (P) sahaja yang telah selesai mengisi instrumen berkenaan. Tahniah Cikgu Tarmizi dan pengurusan sekolah...Agak-agaknya bila GPB/Guru ICT/Guru Data sekolah-sekolah lain nak capai tahap 100% pengisian yer..


Untuk versi penuh status semasa SPPICTS (25 Mac 2010), download di sini.

Wednesday, March 24, 2010

Makluman VSAT KU-Band

Salam 1Malaysia,
Semua sekolah yang terlibat dengan pertukaran teknologi wireless kepada VSAT KU-Band telah selesai dibuat pemasangan alat yang berkenaan. Namun apa yang pasti, sekolah-sekolah tersebut masih belum dapat laluan akses kepada internet. Ini kerana apabila teknologi bertukar maka IP jugak akan bertukar. Untuk itu, proses konfigurasi semula IP akan dilakukan oleh pihak GITN, dan macam biasa la kan, mungkin lambat sikit la kot...Diharap sekolah-sekolah berkenaan dapat bersabar...Sekolah yang terlibat ialah:
  1. SMK Guntong
  2. SK Kuala Setiu
  3. SK Bari (P)
  4. SK Telaga Papan

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Salam 1Malaysia,
Untuk mengisi instrumen pemantauan berkenaan, tuan dikehendaki masuk ke portal http://ssqs.moe.edu.my . Tapi, bukan untuk pengisian instrumen SSQS..Pilih Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah..yang ada gambar LCD tu.. Lepas tu, barulah keluar paparan yang perlu diisi, klik "teruskan" untuk mengisinya. Isi maklumat yang betul terutamanya item Perisian Kursus tu..yang merujuk kepada semua CD/VCD/DVD untuk P&P yang PKG hantar, sekolah beli atau yang Kementerian hantar .. Semoga pengisian kali ini lebih tepat dan benar..Dasar dan perancangan KPM bergantung kepada pengisian instrumen pihak tuan. Kalau data tak tepat, malanglah nasib KPM..kita dan anak-anak kita yang akan rugi..So..think twice act wise...

Tuesday, March 23, 2010

Surat Arahan Pengisian Instrumen SPPICTS

Salam 1Malaysia,
Disertakan surat arahan pengisian Instrumen SPPICTS 2010. Harap pihak sekolah dapat muat turun surat berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Semoga dalam perhatian dan tindakan pihak pengurusan sekolah. Muat turun surat di sini. Kerjasama sekolah amat dihargai. Sila hubungi PKG untuk maklumat lanjut.

Monday, March 22, 2010

BERITA BAIK..HANGAT..TERKINI..

Salam 1Malaysia,
Yang dinantikan sudah tiba..yang ditunggu sudah datang..Pengisian instrumen Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah sudah bermula pada 21 Mac 2010 hingga 9 April 2010. Pengetua/Guru Besar seharusnya mengarahkan Guru Penyelaras Bestari (GPB), Guru Data atau Guru ICT/Makmal Komputer mengisi maklumat yang berkenaan. Instrumen berkenaan hendaklah diisi dengan tepat dan betul. Pengetua/Guru Besar akan bertanggungjawab terhadap data yang telah diisi. Akauntabiliti Pengetua.Guru Besar amatlah diharapkan. Sila akses melalui portal di alamat http://ssqs.moe.edu.my. Nama pengguna ialah kod sekolah dan password ialah 123. Jika ada masalah, sila hubungi pihak kami.

Sunday, March 21, 2010

Chances & Choices...

Salam 1Malaysia,

In our short yet interesting life, we have always been given so many chances. Sometimes we just let them slip away without taking any appropriate action or we just..ignore..Soon...from the deep bottom of our heart, came out something what we called..regret..Yes..REGRET..then our unconscious minds do the flashback..down the memory lane...and we would say..if  I could travel back to those moments..I would like to grab all the chances..correct all the stupid silly mistakes..and so on..but...oopsss..Reality...let bygone be bygone..

Choices..everyday we have to choose and to make some choices..a or b...black or white..Before choosing..brain and mind should consider all factors..will this choice hurt others? Is this decision the best for me? Means..we have to think..think and think..not just for ourselves but others also...

....Life is too short to cry but long enough to try...try to be yourself...

Minit Mesyuarat JKPA PKG Permaisuri 1/2010

Salam 1Malaysia,

Mesyuarat JKPA PKG Permaisuri telah diadakan pada 2 Mac 2010 yang lalu. Minit Mesyuarat berkenaan boleh di muatturun di sini. Pengetua/Guru Besar sila ambil tindakan.

Monday, March 15, 2010

Update..Not found...No spesific file name..

Salam 1Malaysia,

Lepas olahraga daerah ari tu dan masuk cuti sekolah ni, rasanya mood to update my blog dah ilang..Ntah..I don't really know what has happened to me...Maybe there's something inside me had gone somewhere. My head keeps spinning. My mind is travelling to the outer world....So it is really hard to find a new beginning...new words..new tasks...Hopefully i will get my strength back..and i leave u something to think..


"...Without your involvement you can't succeed.
With your involvement you can't fail..."

Tuesday, March 9, 2010

Naga Muncul...

Salam 1Malaysia,

Kemunculan naga di Setiu menjadi tanda tanya, penuh persoalan. Kepercayaan tentang kewujudan naga nyata benar dan betul, bukan sekadar dongengan atau mitos. Naga berkenaan telah menjelma di SMK Saujana pada 8 Mac, bagaikan dalam cerita fantasi "Merlin". Sesungguhnya yang benar itu pasti....

Tapi macam naga tak cukup sifat jer...Bukan setakat naga, rimau pun ada jugak..


Tengok tu...brader-brader tu siap bleh posing dengan rimau lagi..

Monday, March 8, 2010

iQ-PSS dan STS

Salam 1Malaysia,

1. iQ-PSS

Semua GPM diminta membuat penarafan PSS masing-masing. Kalau nak banyak bintang, make sure semua item tu dipenuhi...bukan sekadar tick saja tapi kena betul-betul ada la benda-benda tu. Sekiranya ada masalah, sila hubungi kami dengan segera. 

2. STS (Support Ticketing System)

STS ni tujuan dia ialah untuk report permasalahan ICT sekolah. So, andainya ada masalah kerosakan peralatan berkenaan sila log in ke portal STS. Kami akan cuba menyelesaikan masalah anda sedaya mungkin. If there is no report, maknanya tak der yang rosak la kann...Saper yang boleh report? Seboleh-boleh Guru Penyelaras Bestari, Guru ICT atau Juruteknik Komputer (dengan pengetahuan GPB atau Guru ICT). Bagi penyelengaraan komputer pula, so far kami belum menerima apa-apa peruntukan lagi. Jika ada masalah tentang STS atau permasalahan ICT, sila hubungi kami.

Kepanasan Trek Bermula..

Salam 1Malaysia,

Bermula hari ini trek SMK Saujana akan dibakar oleh kepanasan matahari dan kehebatan pecutan atlet-atlet muda Daerah Setiu. Kejohanan Olahraga MSSM Setiu 2010 ini menjadi medan terbaik pemilihan bakal-bakal permata sukan yang akan menyinar di masa depan. Dan kami pegawai-pegawai sukan pula macam biasa la..bertungkus lumus di bawah terik mentari...memastikan kejohanan ini berjalan lancar...Maknanya dari 8-11 Mac 2010, ada diantara kami yang akan bertukar warna kulit....nasibbbbb....

Sunday, March 7, 2010

Mesyuarat JKPA PKG Permaisuri 1/2010

Salam 1Malaysia,

2 Mac 2010: PKG Permaisuri telah berjaya mengadakan Mesyuarat JKPA Bil. 1/2010. Terima kasih kepada semua Pengetua/Guru Besar atau wakil yang hadir. Kerjasama tuan/puan amat bermakna buat kami bagi kelangsungan kerjasama PKG dan sekolah-sekolah ahli. Minit mesyuarat dan maklumbalas akan di 'upload' sedikit masa lagi.


Sekalung penghargaan juga kepada En Jawahil Abdullah (PPD Setiu), Tuan Hj Mohamad Kamal Hashim (PP BTPNT) dan En Rosdi Hashim (BTPNT) kerana sudi hadir bagi menceriakan mesyuarat berkenaan.

Friday, March 5, 2010

Pemasangan VSAT KU-Band

Salam 1Malaysia,

Pemasangan VSAT KU-Band bagi sekolah-sekolah berikut akan dibuat pada Ahad, 7 Mac 2010. Diharapkan agar ada guru atau staf yang memantau pemasangan berkenaan. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah:
  1. SK Kuala Setiu
  2. SMK Guntong
  3. SK Bari (P)
And we hope, internet penetration rate in your schools will increase.

JK Dokumentasi Olahraga MSSM Setiu 2010

Salam 1Malaysia,

Kejohanan Olahraga MSSM Setiu 2010 akan diadakan di SMK Saujana.pada 8, 9, 10 dan 11 Mac ini. Dokumentasi adalah satu perkara yang mesti. Bagi membantu melancarkan proses pendokumentasian sepanjang kejohanan berkenaan, beberapa "profesional photographer" telah dipilih. Mereka ialah:
  1. Sharuddin A Razak (PKG Permaisuri)
  2. Mohd Fakharuddin Ahmad (SMK Pelong)
  3. Shamsul Ismail (SK Kg Buloh)
  4. Imran Mat Ali (SK Guntong)
  5. Azman Omar (SK Batu 29).
Tahniah!!! Semoga tuan-tuan akan lebih komited dalam menjalankan tugasan. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat JK Dokumentasi akan diadakan pada Ahad, 7 Mac 2010 di PKG Permaisuri, jam 2.30 petang. Download the letter here..

Monday, March 1, 2010

Migrasi Teknologi SchoolNet....Status Terkini

Salam 1Malaysia,

SK Guntong Luar telah siap dibuat pemasangan ADSL bagi menggantikan "wireless". Diharapkan perubahan ini akan menjadikan SK Guntong Luar sebagai sekolah celik ICT di Setiu.

Sekolah-sekolah lain yang akan dipasang teknologi VSAT KU-Band ialah:
  • SK Bari (P)
  • SK Kuala Setiu
  • SMK Guntong

PKG Permaisuri Diserang..

Segerombolan Pasukan B.I.N.S Pest Control telah menyerang premis kami. Serangan ini telah menyebabkan kerosakan kepada pendengaran staf PKG. Namun tiada kerosakan kekal dilaporkan. Terima kasih kepada pihak pengurusan BTPNT kerana membenarkan serangan ini dilakukan.

iQ-PSS SK Kuala Setiu

Salam 1Malaysia,

Puan, tahniah kerana telah berjaya mengisi instrumen yang berkenaan. Pihak kami telah menghantar semula instrumen berkenaan untuk dibuat pembaikian. Sila log in semula di portal berkenaan. Semoga dalam tindakan puan. Tahniah sekali lagi.