Thursday, June 17, 2010

VENDOR BAGI PENYELENGARAAN ICT DAERAH SETIU

Salam 1Malaysia,
Seperti yang telah dimaklumkan, penyelengaraan ICT sedang bermula. Bagi daerah Setiu, vendor yang berjaya ialah Syarikat REDHA BUDI yang beralamat di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu. Walaupun begitu, syarikat mempunyai beberapa pusat operasi atau cawangan, dan salah satunya ialah di Jerteh. Untuk tujuan penyelengaraan peralatan ICT sekolah, vendor@syarikat ini akan membuat kerja-kerja yang berkaitan apabila LO dikeluarkan oleh PPD. Justeru, sekolah adalah dinasihatkan membuat laporan kerosakan melalui portal STS, http://sts.moe.edu.my. Pihak kami akan meneliti dan membuat verifikasi kerosakan sebelum diluluskan penyelengaraan. Langkah-langkah yang berkaitan dengan penyelengaraan @ prosedur yang telah ditetapkan hendaklah diikuti serta dipatuhi oleh pihak sekolah agar tiada kecelaruan dibelakang hari. Kegagalan pematuhan kepada prosedur mungkin menyebabkan peralatan ICT sekolah tidak akan diselenggara.

No comments:

Post a Comment