Thursday, June 17, 2010

Penyelengaraan Peralatan ICT

Salam 1Malaysia,
Pihak kami sedang menyediakan Nota Minta untuk penyelengaraan peralatan ICT sekolah. Nota Minta ini akan dimajukan kepada Unit Kewangan PPD Setiu, jika tiada masalah di pihak PPD, LO akan dikeluarkan kepada vendor yang seterusnya akan mengambil peralatan berkenaan untuk diselengara. Jika tiada aral, vendor akan mula mengambil peralatan berkenaan pada minggu depan. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah (yang dah report melalui STS dan kami telah sahkan kerosakan):
1. SK Kuala Setiu, 4 unit PC (RM1821)
2. SK Telaga Papan, 9 unit PC dan 2 unit notebook (RM4086)
3. SK Kampung Buloh, 11 unit PC dan 4 unit notebook (RM4391)
4. SK Guntong, 5 unit PC dan 2 unit notebook (RM2821)
5. SK Permaisuri, 9 unit PC (RM3187)

Semoga sekolah-sekolah lain yang ada kerosakan, sila lapor melalui STS dengan segera. Jangan menyesal kemudian...

No comments:

Post a Comment