Thursday, May 20, 2010

The 48 Laws of Power..

Salam 1Malaysia,
Seperti yang telah dijanjikan...ari ni nak ceritakan tentang buku tersebut. Ada 48 laws untuk kita menjadi orang yang berkuasa..Hebat tu..Jadi ari ni nak diceritakanlah Law #1...
1. Law #1: NEVER OUTSHINE YOUR SUPERIOR
Ya..jangan sesekali outshine kita punya bos-bos sebab bila bos rasa terancam, macam-macam boleh terjadi. Sekalipun kita hebat atau ada idea-idea yang baik, pastikan kita tak menampakkan yang idea kita lebih baik daripa bos kita punya. Ceritakan tentang idea kita tu dengan baik pada bos. Bos ni memerlukan perhatian daripada anak buah dan orang sekeliling, maknanya golongan bos ni suka menjadi perhatian. kalau dah anak buah lebih hebat daripada bos, maka pastilah bos akan rasa smacam jer kan...

Pada zaman pemerintahan Louis XIV, perdana menterinya telah mati dan ada seorang pegawai yang hebat bernama Pauquet yang mengidamkan jawatan tersebut. Pauquet adalah seorang menteri yang amat berkebolehan dan dikaguni oleh semua orang. Kerana kebolehannya itulah, maka Louis tak pilih Pauquet untuk jawatan tu. Namun beliau tetap inginkan jawatan tersebut. So satu hari, Pauquet telah mengadakan satu parti yang maha hebat, belum pernah dibuat orang pada zaman tu. Semua VVIP dan jemputan merasa amat kagum termasuklah Louis XIV. Louis rasa tercabar dengan tindakan Pauquet, namun Pauquet rasa dia telah dapat mengubah pendirian Louis untuk jawatan yang diidamkan itu. Malang sekali, selepas itu Pauquet ditangkap dengan tuduhan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi yang sebelum ini dia dan Louis memang sama-sama curi duit rakyat jugak..kesian..akhirnya Pauquet dipenjarakan.

Jadi bila bos dan rasa terancam, kita yang hebat ni akan menjadi mangsa. So never ever outshine your superior...think twice, act wise..

No comments:

Post a Comment