Thursday, April 22, 2010

Prosedur Penyelengaraan ICT 2010

Salam 1Malaysia,
Prosedur penyelengaraan ICT 2010 adalah seperti berikut:
1. Buat aduan melalui STS dan isi jugok borang aduan kerosakan
2. EIO/technician sekolah atau PKG yang verifikasi laporan/kerosakan tu..
3. Kalau benar rosak, PKG akan luluskan dan PKG akan keluarkan notis minta manual
4. Lepas tu, PPD akan keluarkan LO untuk vendor buat kerja..
5. Kemudian vendor akan gi ambik barang..time ni lah sekolah kena isi borang kebenaran membawa  peralatan keluar (KMPK)..kena isi...mandatori..kalau tak isi...hilang peralatan siapa yang susahhhh? PKG tak akan bertanggungjawab..
6. Vendor bawok balik barang dan baiki..
7. Barang yang telah siap dibaiki akan diuji di tempat asal, kalau puas hati barulah Pengetua/Guru Besar tandatangan LO..
8. Vendor akan hantar LO ke PPD..kemudian proses bayaran akan dilakukan.
9. Tamat

Sila patuhi prosedur untuk menyenangkan pihak sekolah. Jangan sesekali hantar barang kepada vendor tanpa membuat laporan dalam STS serta tanpa kelulusan kami. Jika tidak..risiko sekolah tanggung sendiri.

Bagi sekolah yang tidak tersenarai dalam projek penyelengaraan, kalau ada rosak sila buat aduan jugok dalam STS, lepas tu buat permohonan kepada BTPNT melalui PKG. Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment