Thursday, August 19, 2010

Rumusan Pengisian SSQS @ 1304hrs

Salam 1Malaysia,
Disertakan rumusan pengisian SSQS bagi sekolah-sekolah ahli PKG Permaisuri. Tengok molek-molek deh..Rumusan dibuat berdasarkan pengisian semasa dan bilangan guru yang ada di sekolah tuan/puan..Bagi sekolah yang melebihi 100% tu biar jer la dulu...bagi  yang tak cukup lagi 100% sila ambil perhatian dan tindakan... Maklumat pengisian SSQS mungkin ada perubahan selepas pukul 1.04 tengahari tadi..Apa-apapun..rumusan ini sebagai panduan..

Just a kinda entertainment..

Salam 1Malaysia,
Guys..this is funny..u should watch this...Hear the song and watch its Malay subtitles...Hahaha..Sorry in advance..

Wednesday, August 18, 2010

Promosi...

Salam 1Malaysia,
Jika berminat sila hubungi kami...



Saje jer nok royat...

Salam 1Malaysia,
Hari ni rasa malas nak update status SSQS...Tak banyak berubah...Tadi Mr Q ada menerima panggilan telefon daripada En Jawahil , GPK Pentadbiran SMK Penarek dan Guru Besar SK Kampung Besut bertanyakan pasal SSQS..Rasa suka sangat...baguslah...ada masalah tanya kita..tu yang kita nak..Semoga pengisian SSQS SMK Penarek dan SK Kg Besut akan berjalan lancar...Sekolah-sekolah lain pun kena la jugok ambik ingatan  (ooops..bukan hilang ingatan), responden guru yang perlu diisi tidak boleh melebihi bilangan guru yang ada di sekolah ( bagi kes guru tak cukup 30)... PERHATIAN: SSQS ialah penarafan sekolah Malaysia, nop tahu nombor berapa sekolah kita duduk dalam Terengganu atau dalam Malaysia...30 haribulan ni tarikh tutup...tak lama doh tu...kohor dekat tarikh tutup kohor bertamboh trafik yang berebut nak masuk server SSQS...jadilah lah "bottle-neck"...jem..So nak elakkan gangguan kepada server tu..kita pakat siapkan awal la deh..Kita pun dop serabut...harusssss...

Monday, August 16, 2010

Status SSQS 16 Ogos @ 1150 hrs...

Salam 1Malaysia..
Nampaknya ada peningkatan dalam peratusan siap pengisian SSQS...Bagi yang meningkat la...Yang tak meningkat pun banyak jugak...Yang masih dibawah 20 orang responden yang jawab hanyalah....SMK Penarek (0 orang), SK Permaisuri (1 orang), SMK Guntong (4 orang), SK Kg Besut (8 orang), SK Penarek (15 orang) dan SK Guntong Luar (16 orang)....Kita pakat-pakat tengok lah status semasa ni...ada bawoh tu...tengok lah yer..

Sunday, August 15, 2010

Kampus Astro

Salam 1Malaysia,
Kami difahamkan oleh pihak yang berkenaan bahawa, beberapa sekolah telahpun dibuat pemasangan peralatan Kampus Astro oleh kontraktor yang  dilantik  pihak Astro sendiri. Tahniah..Pastikan signal yang diterima oleh decoder adalah bersesuaian...maknanya boleh tengok TV la..keluar gambar...Maknanya masa dia gi pasang tu kena adalah orang yang tunggu...sambil-sambil belajor dengan dia macam mana nak record/rakam rancangan Astro...Yer..dekoder baru tu boleh digunakan untuk merakam...ada hard disk dalam tu...Jika ada masalah dengan channel/saluran/decoder/ODU.... sila berhubung terus dengan Astro Customer Service Helpdesk di- 1300-82-0001. Bagi sekolah-sekolah yang belum lagi dipasang tu...harap dapat lah  bersabar...Seadanya.....harussss....

Luahan Rasa Seorang Rakan..

Salam 1Malaysia,
Rasa sedih dan terpanggil jugak dengan satu email daripada seorang guru ICT, meluahkan rasa tentang permasalahan yang berlaku kepada Makmal Komputer sekolahnya. Beliau adalah seorang guru yang komited dan memang patut dipuji.Walaupun ada masalah, tapi SSQS beliau dah siap 100%..Tahniah Tuan...Apa-apapun kami bersimpati..Seperti yang kita tahu, soal pembangunan yang melibatkan bangunan adalah di bawah tanggung jawab pihak yang lain...Kami tidak ada kuasa yang khusus..cuma pihak kami boleh, telah dan akan panjangkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan...Harap bersabar..Seadanya .....