Thursday, August 12, 2010

SSQS 2 Ramadhan @ 1430 hrs

Salam 1Malaysia,
Status SSQS tak banyak berubah daripada semalam aka kelmarin..ada sekolah yang berehat lama sangat..ada yang masih tak sempat nak isi...ada yang masih tercari-cari..Ada bebrapa buah sekolah yang pengisiannya masih kurang daripada 20 responden setakat ini..SK Banggol (19), SK Guntong Luar (15), SK Kg Rahmat (12), SK Penarek (15), SK Kg Besut (8), SMK Puterajaya (19), SK Permaisuri (1), SMK Penarek (0) dan SMK Guntong (0). Ntah lahhhh..


Wednesday, August 11, 2010

SSQS 1 Ramadhan..

Salam  1Malaysia,
Salam Ramadhan al-Mubarak yang dipenuhi dengan barakah bersama dengan keampunan dan kerahmatan... Syukur coz Allah The Almighty still give us a chance to meet with this Ramadhan... Hopefully this will not be our last Ramadhan..Ok guys..Selamat Berpuasa.. tapi harapnya janganlah SSQS pun dipuasakan jugak... naya... Status SSQS setakat 1 Ramadhan ni agak membanggakan...dah banyak sekolah yang isi...cuma tinggal 2 sekolah lagi jer yang masih tak sempat nak isi... yang lain pun kurang-kurangnya Guru ICT tu dah isi la.. Tahniah pada sekolah-sekolah yang dah siap terutamanya SK Putera Jaya..Hebat.. Yang lain pun hebat jugak...Tak payah cakap banyak..Jom kita tengok status SSQS ari ni.....

Monday, August 9, 2010

Khidmat Bantu PSS Besut

Salam 1Malaysia..
Penat jugak tengok orang buat kerja ni....Namun best jugak dapat share idea dengan GPM Besut ni..Sebenarnya Mr Queen sedang menjalani Program Khidmat Bantu PSS daerah Besut..start ari Sabtu dan Majlis Penutupnya di SM Ittifakiah Besut pada petang ni..Mr Queen ditugaskan membantu di SK Darau bersama  En Mamat Kefli (PTP PKG Seri Payong), GPM SK Darau (cg Paizah) dan GPM sekolah di sekitar . Juga dibantu oleh  guru-guru  dan pekerja-pekerja SK Darau....well sambutan dan kerjasama yang diberikan amat menggalakkan...first class gitu..Terima kasih tak terhingga  kepada semua yang terlibat termasuklah pihak pengurusan sekolah...Thankssssss......

Saturday, August 7, 2010

SSQS Status

Salam 1Malaysia,
Lebih kurang 4 days without any new entry, status SSQS masih lagi kurang hot..Yang baiknya hanya 7 sekolah lagi  yang masih belum ambik apa-apa tindakan..dengan kata lain..buat donno jer..tak tahu ke atau saja-saja tak nak ambik tau..musykil ni..Kepada yang belum siap isi tu, siapkan lah..Betul, masa masih panjang lagi, tapi kalau nak ditambah dengan dengan kerja buat kita yang lain dan sedia ada tu....rasanya makin banyaklah jadi kerja tu..Terima kasih kepada yang memberi kerjasama..Komitmen anda mencerminkan peribadi organisasi yang anda bernaung..Hebat anda maka hebatlah organisasi itu..Benda yang senang akan jadi susah jika disusahkan..dan sebaliknya...Mungkin bulan puasa ni akan bertambahlah semangat untuk menyiapkan SSQS ni kot..Entahlahhhhh....

Tuesday, August 3, 2010

Status SSQS 3 August @ 2.00pm

Salam 1Malaysia,
Status SSQS tak banyak berubah daripada kelmarin..Nampaknya SK Bari dah mula meyingsing lengan memasuki arena SSQS..Tahniah kepada Guru Besar (Mr Hatta) dan responden yang terlibat...Lain-lain cuma ada peningkatan bagi SM Agama Setiu (Cg Muliati & Co.) dan SK Panchor Merah (Cg Saiful & Co.)....sekolah lain nampaknya aktiviti penarafan mereka sedang berada di kawasan R&R...berehat la kot..Biasanya lepas berehat ni, payah jugak nak mula balik kannnn...rasa-rasanya la..Yang tak mula lagi tu, apalah masalah yang dihadapi...takder pulak yang telefon kami mengadu..Harap-harap semuanya akan bermula dan berakhir dengan baik dan sempurna...

Monday, August 2, 2010

Status SSQS 2 Ogos@1200 hrs

Salam 1Malaysia,
Ni la status SSQS setakat ari ni...yang tak ambik tindakan tu, bila la nak start agaknya...Andainya sekolah yang mempunyai kurang daripada 30 bilangan guru, jumlah responden guru janganlah melebihi bilangan guru yang ada..Misalannya..bilangan guru di sekolah A (termasuk Guru Besar dan Guru ICT) ialah 16..maka bilangan responden guru tidak boleh melebihi 16..maka pastinya pencapaian tak akan jadi 100%..seadanya Keliru? Buntu? Ada Masalah? Sila hubungi kami.. Justeru itu, SK Kampung Fikri ( Cg Tarmizi and the geng) dahpun siaplah pengisian tersebut..Tahniah la Cg Tarmizi...Apa-pun layan jer la...

Kursus Pedagogi Bahasa Inggeris SM

Salam 1Malaysia,
Sekali lagi (kali ke-3) PKG Permaisuri telah dihiasi dengan warna-warni gelagat guru-guru Bahasa Inggeris yang mengikuti Kursus Pedagogi. Kursus ini telah bermula pada hari Sabtu, 31 Julai dan akan  melabuhkan tirainya pada 2 Ogos. Kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru kepada fasilitator amatlah memberangsangkan. Setiap aktiviti yang diatur telah diikuti dengan jayanya bersama senyuman yang terukir.. Guru-guru berwawasan...Tahniah...Segala kekurangan premis kami, maaf dipinta..